Friday, July 9, 2010

Jom Kita Jumpa Doktor Gigi.....

Baru-baru ni jururawat gigi datang untuk memberikan ceramah ringkas kepada murid-murid tentang tips penjagaan gigi dengan baik...





Jom Kita





Persediaan Sesi Persekolahan

Assalamualaikum

Info ini saya ambil dari blog bermulanya di prasekolah..ia sangat2 berguna buat kita semua pada hari pertama murid-murid pra menjejakkan kaki mereka ke kelas..


Pengurusan Murid
1. Alat permainan mencukupi untuk semua kanak-kanak untuk membuatkan mereka leka seketika agar ibu bapa boleh menyelinap keluar dari kelas. Kebiasaannya kanak-kanak akan menangis dan meraung. Jadi pastikan mereka leka seketika.

2. Bersedia dengan lagu-lagu dan cerita kanak-kanak sama ada guru bercerita sendiri atau memasang vcd yang sesuai.


3. Galakkan ibu bapa berada di luar kelas atau terus pulang selepas menghantar anak mereka. Ini untuk mengalakkan kanak-kanak mempunyai keyakinan diri untuk bersama rakan-rakan sebaya mereka.

4. Pastikan makanan yang bakal dimakan pada hari pertama mencukupi. Biasanya pembantu pengurusan murid tidak memasak pada hari pertama kerana dia perlu membantu guru mengawasi kanak-kanak yang beraneka ragam.

5. Minta ibu bapa membekalkan pakaian gantian yang bertanda nama sekiranya kanak-kanak terbuang air besar, air kecil atau muntah di kelas.


6. Sediakan marker pen untuk menulis tanda nama pada kasut kanak-kanak agar keadaan tidak menjadi kelam kabut sewaktu pulang.


7. Pastikan semua beg kanak-kanak mempunyai tanda nama agar kekecohan dapat dielakkan. Kanak-kanak biasanya akan menangis apabila beg mereka diambil oleh orang lain atau ada yang tidak mahu mengakui begnya sendiri jika beg itu serupa dengan rakan yang lain.


8. Setokin kanak-kanak mesti ditandakan supaya tidak tertukar atau mereka akan biarkan sahaja sehingga anda boleh membuat koleksi setokin busuk!.

Ini pula tips beliau pada hari pertama persekolahan..

Bagaimana caranya?

1. Letakkan murid dekat dengan rakan yang biasa ditemuinya misalnya rakan sebelah rumah.

2. Benarkan kanak-kanak membawa barang kesukaan mereka pada hari pertama. Anda boleh berbual dengan kanak-kanak tentang barang tersebut untuk meredakan kebimbangan mereka.

3. Benarkan ibu bapa menunggu untuk sehari kerana sukar bagi kanak-kanak untuk berpisah di hari pertama. Beransur-ansur minta ibu bapa balik bila lihat keadaan anak mereka sudah stabil.

4. Minta ibu bapa ambil anak mereka tepat pada waktu balik supaya dapat mengelakkan kanak-kanak rasa tidak selamat.

5. Sebelum sekolah bermula, anda hiaslah kelas supaya lebih ceria. Sediakan belon atau alat permainan yang mencukupi untuk setiap kanak-kanak. Kalau perlu sediakan goodies bag sebagai penarik kepada kanak-kanak. Mungkin anda boleh berikan mereka pensel yang telah diikat reben yang menarik perhatian kanak-kanak.

Tuesday, April 6, 2010

Hari Sukan Sekolah 2010

Kumpulan Perbarisan Prasekolah


Amboi...bergayanya adik-adik kita nih....






Persediaan peserta untuk acara larian perempuan...


Dan inilah pemenangnya...


Ini pula peserta larian lelaki mengambil tempat mereka...


Ha...ini lah pemenangnya...Amboiii...Danial....Tahun lepas no 3....Tahun ni dah ada peningkatan yer...


Acara yang seterusnya, sukaneka prasekolah....








Hadiah-hadiahnya.....

Thursday, March 25, 2010

Rawatan dan Makan Ubat Cacing

Baru2 ni sekumpulan jururawat datang ke prasekolah untuk memberi ceramah ringkas mengenai kesihatan dan memberi makan ubat cacing kepada pelajar2 prasekolah...


Semua murid memberikan tumpuan pada jururawat yang sedang bercakap...


Lepas dengar ceramah semua murid kenalah beratur...nak makan ubat cacing plak...


Hmm....sedap.....Perisa vanila...



Saturday, March 6, 2010

Perarakan Sempena Hari Maulidul Rasul


Sibuknya cikgu kita ni menyusun anak-anak muridnya....


Inilah dia keletah budak-budak prasekolah...Kali pertama buat perarakan Maulidulrasul...



Comel-comel semua berbaju kurung dan bertudung...Tapi ada jugak yang tersilap pakai baju...




Adnin ni kalau bergambar memang nombor satu....

Saturday, January 2, 2010

Hari Pendaftaran Prasekolah

Awal tahun 2010....SELAMAT DATANG kepada semua pelajar2 baru...dan selamat kembali bersekolah kepada semua pelajar2 lama.....

Tahun ni Prasekolah SK Sulaiman hanya mempunyai 29 orang murid sahaja...